Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Tempahan Ibadah Qurban dan Aqiqah 2013 Online
Hukum ibadah Qurban / korban adalah sunat muakkad iaitu sunat yang sangat dituntut bagi yang berkemampuan dan wajib bagi yang bernazar. Sebahagian ulama mewajibkan semua umat Islam yang mempunyai kemampuan untuk melaksanakan ibadah korban pada setiap tahun. Buangkan perasaan tidak cukup wang kerana insyaAllah dengan melaksanakan ibadah korban ALLAH SWT akan memberi kita rezeki dan pertolongan yang tidak disangka-sangka.
>>> Untuk tempahan klik di SINI <<<
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW telah bersabda: “Barangsiapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan korban, maka janganlah dia menghampiri tempat solat kami.” [Hadis riwayat: Ahmad dan Ibnu Majah]
Adalah disyorkan untuk melaksanakan ibadah korban di lokasi yang lebih memerlukan terutama di kampung-kampung atau pedalaman yang daif, bukan di bandar yang umat Islamnya mewah dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Antara lokasi yang dicadangkan adalah di Kemboja yang sebahagian besar umat Islam di sana hanya makan daging setahun sekali.
Tempah Qurban dan Aqiqah Secara Online dengan eQurban.com
eQurban.com menyediakan program Qurban di Kemboja dengan kos yang sangat murah dan berpatutan. Harga-harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
- 1 ekor Kambing = RM550
- 1 bahagian Lembu = RM230
- 1 ekor Lembu = RM1,600
Pihak pengurusan eQurban di Kemboja akan mengambil gambar setiap ekor lembu yang dikorbankan dan akan dilampirkan bersama sijil yang akan dikirimkan kepada peserta-peserta yang telah membuat ibadah korban. Sila rujuk FAQ eQurban.com untuk maklumat lanjut.
Firman ALLAH SWT yang ertinya, “Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu (pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” [Surah al-Kauthar: ayat 1-2]






